Thursday 25 April 2013

SOALAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 4


1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
  •  Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
  •  Mengadakan program berkembar dengan negara luar
  •  Membawa masuk tenaga pengajar luar
  •  Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
  •  Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
  • (mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
  • Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
  • Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
  • Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
  • Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
  • (mana-mana jawapan munasabah)
3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
  • Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
  • Mengharumkan nama Malaysia
  • Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
  • Mengadakan kempen kesedaran
  • Mempromosikan keindahan Malaysia
  • (mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan  negara?
  • Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
  • Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
  • Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
  • Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
  • Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah  setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
  • Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
  • Menwujudkan masyarakat bersatupadu
  • Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
  • Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
  • Bangga menjadi rakyat Malaysia
  • mana-mana jawapan munasabah)

6.  Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, apakah bentuk bandar yang anda impikan?
  • Bandar berbentuk moden
  • Bandar yang bersih
  • Sistem perhubungan moden, pantas
  • Sistem perumahan eletronik
  • Selamat dan aman
  • Seni bina yang unik
  • mana-mana jawapan munasabah

7.  Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan kecemerlangan diri?
  • Strategi menangani musuh
  • Taktik dalam urusan perniagaan
  • Menjadi seorang yg tabah dan tegas
  • Membentuk disiplin diri
  • Memupuk semangat juang
  • Memupuk daya saing
  • mana-mana jawapan munasabah

8.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
  • Menjaga keamanan negara
  • Mengekalkan kemerdekaan negara
  • Menegakkan keadilan
  • Mewujudkan perpaduan
  • Mengukuhkan kedudukan raja
  • Membendung tindakan liar
  • Menjamin kemakmuran negara
  • mana-mana jawapan munasabah

9.  Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
  • Menghormati kedaulatan negara lain
  • Melanggar hak asasi manusia
  • Mematuhi piagam PBB
  • Mengelakkan kematian
  • Mengelakkan kemusnahan alam
  • Mengelakkan keamanan sejagat
  • mana-mana jawapan munasabah

10.   Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
  • Menguasai ilmu pengetahuan
  • Mengamalkan amalan kreatif
  • Mempunyai sifat inovatif
  • Menggunakan teknologi terkini
  • mana-mana jawapan munasabah

11.   Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
  • Mempunyai kreativiti
  • Berfikiran terbuka
  • Mementingkan pendidikan
  • Bersifat daya saing
  • Bersemangat patriotik
  • Hidup bersatupadu
  • mana-mana jawapan munasabah

12.  Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.
  • Malas kepada rajin
  • Nakal kepada baik
  • Berfikiran negatif kepada positif
  • mana-mana jawapan munasabah
13.  Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
  • Menjamin keharmonian hidup
  • Menjadi panduan mentadbir
  • Perjalanan masyarakat tersusun
  • Menentukan hukuman kesalahan
  • Menjadi panduan pentadbiran
  • mana-mana jawapan munasabah

14.  Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
  • Lambang jati diri bangsa
  • Bukti ketinggian tamadun
  • Sumber pekerjaan
  • Warisan bangsa
  • Mengelakkan kepupusan
  • mana-mana jawapan munasabah

15.  Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
  • Menyerapkan nilai moral
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan
  • Mewarisi tradisi keluarga
  • Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
  • Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
  • mana-mana jawapan munasabah

16.  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
  • Perubahan dalam pemikiran
  • Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
  • Melahirkan keyakinan diri
  • Menggunakan keupayaan minda
  • Sifat inkuiri
  • Berani meneroka bidang baharu
  • Bersikap kreatif
  • bersikap inovatif
  • mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme moden?
  • Memajukan pendidikan
  • Membangunkan teknologi
  • Menjadi negara maju
  • Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
  • Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
  • mana-mana jawapan munasabah

18.  Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
  • Semangat kental
  • Pengorbanan tinggi
  • Perpaduan rakyat
  • Kebijaksanaan pemimpin
  • Sifat kepimpinan berwibawa
  • Berilmu pengetahuan
  • Penggunaan pelbagai strategi
  • mana-mana jawapan munasabah

19.  Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
  • Politik stabil
  • Rakyat bersatu
  • Kebebasan bersuara
  • Negara aman
  • Ekonomi maju
  • Mampu menghantar angkasawan
  • Pencapaian sukan bertaraf dunia
  • Mempunyai kereta nasional
  • mana-mana jawapan munasabah





20.  Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
  • Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
  • Perlu adanya perpaduan
  • Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
  • Berhati-hati dengan tindakan orang asing
  • Pentingnya pemimpin berwibawa
  • mana-mana jawapan munasabah


21.  Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
  • § Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
  • § Rundingan antara kaum
  • § Pakatan murni
  • § Mengambil kira isu sebagai panduan
  • § Memelihara kepentingan semua kaum

22.  Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
  • pemimpin berwibawa
  • Tanpa pertumpahan darah
  • Sikap bekerjasama antara kaum
  • Mengutamakan perundingan
  • Musyawarah
  • Melalui pakatan murni
  • Melalui pilihanraya
  • Mengamalkan tolakansur
  • Melalui perjanjian
  • mana-mana jawapan munasabah





23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari  penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
  • Keluasan negara bertambah
  • Bilangan penduduk bertambah
  • Pertahanan negara lebih kukuh
  • Komunis dapat dibanteras
  • Penjajahan asing ditamatkan
  • Merapatkan hubungan antara kaum
  • Memperkayakan budaya negara
  • Meluasakan pasaran
  • mana-mana jawapan munasabah

24.  Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
  • Lambang rasmi negara
  • Identiti sesebuah negara
  • Kebanggaan warga negara
  • Lambang perpaduan
  • Lambang kedaulatan negara
  • Pemangkin semangat patriotik rakyat
  • mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
  • Mengamalkan agama dan kepercayaan
  • Setia kepada raja dan negara
  • Tidak menderhaka kepada raja dan negara
  • Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
  • Menghormati undang-undang
  • Bersopan dan Bertatasusila
  • Mengamalkan nilai-nilai murni
  • Saling menyayangi
  • mana-mana jawapan munasabah

26.  Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
  • Bahasa yang sama
  • Sukatan pelajaran yang sama
  • identiti kebangsaan
  • perasaan kekitaan
  • sikap tolak ansur
  • budaya yang sama
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan
  • Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
  • semangat patriotik
  • Aktiviti sukan
  • mana-mana jawapan munasabah
27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
  • Menyahut sembilan cabaran
  • Terlibat dalam pengisian wawasan
  • Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
  • Mengekalkan kemajuan negara
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
  • Menguasai kemahiran IT
  • Berinovasi dan kreatif
  • Berdisiplin baik
  • mana-mana jawapan munasabah

28.  Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan sektor pendidikan?
  • mencapai perpaduan
  • menghasilkan sumber tenaga manusia
  • melahirkan tenaga kerja mahir
  • mengatasi buta huruf
  • mendisiplinkan pelajar
  • menjadikan Malaysia negara maju
  • mana-mana jawapan munasabah
29.  Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?
  • menjamin keselamatan/keamanan
  • Mengekalkan kedaulatan negara
  • Menggalakkan pembangunan ekonomi
  • Mengekalkan keamanan sejagat
  • Mengukuhkan pertahanan
  • Membina rangkaian perdagangan
  • Menggalakkan pelaburan asing
  • Menghapuskan ancaman komunis
  • mana-mana jawapan munasabah
30.  Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
  • kepemimpinan yang berwibawa
  • mengukuhkan sumber kewangan
  • bertindak dalam satu suara/satu pasukan
  • tegas menghadapi masalah
  • kerjsasama antara pemimpin
  • mana-mana jawapan munasabah

No comments:

Post a Comment