Thursday 25 April 2013

TIPS SEJARAH

Jika soalan KBKK berkontekskan negara, cuba anda kaitkan dengan aspek politik, sosial dan ekonomi. Aspek politik terbahagi kepada kepemimpinan, keamanan dan hubungan luar. Aspek sosial terbahagi kepada pendidikan, alam sekitar, hubungan kaum dan kesihatan. Aspek ekonomi pula boleh dikaitkan dengan kemajuan eko dan mencari peluang baru.



1.0 Aspek politik
1.1 Pemimpin
  • Memilih pemimpin yg layak/berwawasan/jujur/amanah
  • Menghargai pemimpin
  • Menolak pemimpin bersikap perkauman
  • Mencontohi pemimpin yang kaliber
  • Menghormati pemimpin negara
  • Menolak pemimpin yang rasuah
1.2 Kestabilan politik
  • Mengekalkan keamanan negara
  • Tidak memainkan isu sensitif
  • Menghormati hak asasi
  • Menghormati agama lain
  • Menghormati budaya lain
  • Mematuhi undang-undang
  • Menolak sebarang bentuk keganasan
  • Mengamalkan konsep 1 malaysia
  • Elak campur tangan asing
  • Menghormati amalan demokrasi
  • Menghargai keamanan
  • Menghormati prinsip demokrasi
  • Menghormati suara ramai
  • Mewujudkan perpaduan kaum
  • Menolak politik perkauman
1.3 Hubungan luar
  • Bersahabat dengan semua negara/menjalin hubungan diplomatik
  • Menghormati negara lain
  • Menghapuskan diskriminasi
  • Tidak mencampuri urusan negara lain
  • Mengelakkan peperangan
  • Elakkan campurtangan asing
  • Mengelakkan peperangan
  • Membantu negara
  • Menentang penggunaan senjata nuclear
2.0  Aspek sosial
2.1 Ilmu pendidikan
  • Menekankan kepentingan pendidikan
  • Melaksanakan dasar pendidikan wajib
  • Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
  • Menghargai para ilmuan
  • Menggalakkan kajian dan penyelidikan
  • Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
  • Memberi biasiswa
  • Membudayakan ilmu
  • Menghargai sistem pendidikan negara
  • Meluaskan capaian internet
2.2  Perpaduan kaum
  • Meningkatkan perpaduan kaum
  • Sedia bekerjasama
  • Menghormati pegangan agama lain
  • Menghormati kebebasan beragama
  • Menyokong kebudayaan kebangsaan
  • Mengamalkan nilai murni
  • Membudayakan aktiviti bergotong royong
  • Semangat berjiran
  • Bertolak ansur
2.3  Dari segi geografi/alam sekitar
  • Menyokong pemuliharaan alam sekitar
  • Menyertai kempen alam sekitar
  • Menjaga kebersihan
  • Tidak membuang sampah merata tempat
  • Menyokong teknologi hijau
  • Mengelakkan pencemaran
  • Menjimatkan tenaga
  • Menyokong penggunaan tenaga solar
  • Menyokong program kitar semula
  • Mengelakkan pembakaran semula
2.4 kesihatan
  • Bersenam
  • Pemakanan seimbang
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Menyokong kempen kesihatan
  • Tidak merokok
  • Tidak mengamalkan seks bebas
3.0 Aspek Ekonomi
3.1 Kemajuan ekonomi
  • Menggunakan sumber negara
  • Memajukan ekonomi/mengekalkan kestabilan ekonomi
  • Menumpukan kemahiran tinggi
  • Menambah bilangan pekerja mahir
  • Membina pusat latihan dan kemahiran
  • Mempunyai semangat berusaha
  • Memajukan industri kecil
  • Memajukan perdagangan antarabangsa
  • Berusaha menghasilkan produk berkualiti
  • Memberi bantuan kewangan
  • Memberi bantuan teknikal
3.2 Peluang baru dalam ekonomi
  • Meluaskan pasaran
  • Meningkatkan kemajuan sains teknologi
  • Melakukan penyelidikan
  • Menyediakan kemudahan asas
  • Mengemukakan idea
  • Mampu merekacipta/mengemukakan idea baru
  • Menarik pelabur luar
  • Mengambil risiko
  • Mengantarabangsakan produk negara
  • Menumpukan kepada K-ekonomi

No comments:

Post a Comment